Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSELAMAT PENGANTIN DIRAJA


Selamat Pengantin Diraja


Lyrics– Nur Firdaus & Juwita
Song – Eddy Misuari Haji Zaini
Singers -   Ak Shahmina Pg Ahmad & Hasberina Asli


Nobat Dititir Bermula Acara
Perhiasan Dipasang Memikat Sukma
Perkahwinan Diraja Khabar Gembira
Rakyat Jelata Rai Bersama


Harum Semerbak Rampai Ditabur
Mawar Direnjis Seri Mewangi
Diiringi Doa Restu Dan Syukur
Istiadat Gemilang Allah Berkati


Selamat Pengantin Diraja
Pengiran Muda Abd Malik
Bertemu Jodoh Pilihan Hati
Dayangku Rabiatul Adawiyah


Laila Bistari Tampan Menawan
Santun Pekerti Cantik Jelita
Kekal Bahagia Jodoh Berpanjangan
Teguh Ikatan Kasih  Dan Mesra


Berganding Seiring Sama Sepadan
Berkain Songket Indahnya Tenunan
Terserlah Halus Seni Budaya
Manis Dipandang Bak Bulan Purnama