Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSEMARAK KASIH


SEMARAK KASIH


Lirik – Dato Paduka Haji Alidin Haji Othman
Lagu – Haji Abdullah Haji Kifli
Penyanyi – Faiz Nawi / Putri Norizah


Setulus Kasih Rakyat Menjunjung
Sembah Tahniah  Mesra Budi Disanjung
Doa Dan Syukur Kepada Ilahi
Ikhlas Sejati Kakal Abadi
Selamat Bersanding Mempelai Diraja
Sama Sama Berganding Muda Remaja
Tampan Gagah Perkasa Sungguh Cantik Jelita


Tampak Berseri Seri Bagai  Bulan Dipagar Bintang
Sememangnya Bijak Bistari  Semaraknya Kasih Sayang
Bersulam Ikatan Setia  Membina Mahligai Bahagia


Perkahwinan Diraja Penuh Istiadat Gemilang
Meriahnya Suasana Jadi Ristaan Untuk Dikenang


Selamat Pengantin Diraja Bahagia Sejahtera
Selamat Pengantin Diraja Bahagia Sejahtera